Khamis, 7 April 2011
Sifat-sifat bawaan LAHIR..
* Mudah menyintai
* Mudah melupakan saat dikhianati
* Pandai mengoda
* Romantis tetapi kaku
* Mudah cemburu
* Mudah bergaul & pemalu
;) FEBRUARI
* Sukar jatuh cinta
* Menghargai pasangan
* Jujur & transparan
* Nekad
* Sangat romantis
* Modis
;) MARET
* Mudah menarik simpati lawan jenis
* Mandiri
* Pemalu
* Mudah cemburu
* Manja
* Mudah menyintai
* Penuntut
:) APRIL
* Sulit jatuh cinta
* Tidak berani berterus terang
* Pemalu
* Butuh perhatian
* Pencemburu
* Setia
* Mudah emosi
* Ngak romantis
* Sukar melupakan pasangan walaupun dikhianati
;;) MEI
* Mudah jatuh cinta
* Baik & jujur
* Romantis
* Suka mengatur
* Suka berkhayal
:) JUNI
* Tidak bisa menyenangkan pasangan
* Mudah menyintai tetapi terlalu memilih
* Cerewet
* Mudah emosi
* Mudah ngambek
* Pelindung sejati
;) JULI
* Pandai menjaga diri
* Suka didampingi
* Sukar dimengerti
* Suka & senang berterus terang
* Mudah terluka & lama pulih
* Mudah ngambek
* Setia
* Pendengar yang baik
* Mudah cemburu
* Suka menilai & menjaga hubungan
:) AGUSTUS
* Suka memimpin
* Romantis
* Penuh kasih sayang & penyayang
* Sangat sensitif
* Mudah curhat
;) SEPTEMBER
* Sopan
* Suka mengkritik
* Sangat sensitif & emosi
* Pandai memahami
* Kurang menunjukan perasaannya terhadap pasangan
* Sukar melupakan jika hatinya terluka
* Pandai menyimpan perasaan
* Suka berterus terang
;;) OKTOBER
* Pandai berkomunikasi
* Suka disayang & menyayangi
* Sopan
* Jujur & jarang berpura ~ pura
* Mudah emosi
* Pencemburu
* Romantis
* Memahami pasangan
;) NOVEMBER
* Cermat & teliti
* Suka berahasia dengan siapapun
* Kuat
* Pendendam
* Mudah emosi
* Moody
;) DESEMBER
* Mudah menyintai
* Selalu tergesa ~ gesa
* Mandiri
* Menyintai kebebasan
* Pandai mempengaruhi
"...believe it or not..." 99% AKURAT,, kalo ga cocok berarti anda lahir di bulan yg salah...=D
Senyum Kambing
1. Siapakah yang membuka Melaka?
a. Param
b. Parameswari
c. Paramugari Terlampau
d. Parameswara
e. Parang Kontot
2. Pada tahun 1771, seorang penjelajah Inggeris telah tiba di sebuah kawasan yang dikenali sebagai New Hebrides, siapakah dia?
a. Kapten Hook
b. Kapten Crook
c. Kapten Cook
d. Kapten Cool
e. Kapten Boleh
3. Siapakah yang pernah menjadi pemerintah Sarawak?
a. Brooke Shields
b. James Beruk
c. James Bond
d. Sapok Biki
e. James Brooke
4. Siapakah yang membuka Pulau Pinang?
a. Torch Light
b. Traffic Light
c. Francisca Peters
d. Light and Easy
e. Francis Light
5. Salah seorang pahlawan melayu terbilang?
a. Tuk Janggut
b. Tuk Misai
c. Tuk Sideburn
d. Tuk Misai A Galak
e. Tuk Bulu Hidung
6. Pahlawan Melayu di Pahang?
a. Mat Kilau
b. Mat Silau
c. M Daud Kilau
d. Mat Sentul
e. Mat Rempit
7. Siapakah Residen Inggeris di Negeri Perak yang dibunuh oleh Datuk Maharajalela?
a. Jawa Jerongos
b. J.W.W Birch
c. Jay Jay
d. J.W.Marriot
e. Jawa Rangers
8. Negara manakah yang menjajah Tanah Melayu selepas Portugis?
a. Ayam Belanda
b. Bela Anda
c. Blender
d. Belanda
e. Blunder
9. Apakah antara hantaran yang diminta Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Melaka?
a. 7 dulang hati nyamuk
b. 7 dulang tongkeng ayam
c. 7 dulang tahi hidung
d. 7 dulang tahi lalat
e. 7 dulang gigi arnab
10. Siapakah puteri Pahang yang mencintai Hang Tuah?
a. Tun Mahathir
b. Tan Tin Tun
c. Tun Tak Tahu Eja
d. Tun Teja
e. Arnold Susahanakeja
11. Siapakah puteri Negeri China yang berkahwin dengan Sultan Melaka?
a. Puteri Hang Li Po
b. Puteri Kepala ***** Hang!
c. Puteri Opah Hang!
d. Puteri Hang Go Poh
e. Puteri Hang Cing
12. Ikan apakah yang melanggar Singapura?
a. Ikan Bilis
b. Ikan Masin
c. Ikan Kembung Masak Asam
d. Ikan kekek mak iloi-iloi
e. Ikan Todak
13. Siapakah Ketua Kominis Malaya?
a. CIMB Bank
b. Chin Peng
c. Soh Chin Aun
d. Chim Pan Zee
e. Chin Chau
Teknik Asas Menguruskan Wang
Semasa menyediakan Bajet Bulanan Peribadi ini, perkara-perkara berikut hendaklah dijadikan asas dan garis panduan:-
1. Lihat semula matlamat kewangan anda. Bandingkan bajet dengan matlamat kewangan untuk memastikan anda dapat mampu mencapainya. Sebagai contoh, jika anda menetapkan matlamat untuk membeli sebuah kereta Vios 1.5J (MT) berharga RM71,990.00 dalam masa setahun, anda perlu menyediakan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada harga kereta iaitu sebanyak RM7,199.00 untuk bayaran pendahuluan. Ini bermakna, anda perlu menyimpan sekurang-kurangnya RM599.92 setiap bulan.
2. Buat anggaran pendapatan mengikut tempoh bajet (biasanya sebulan). Antara pendapatan utama ialah gaji. Selain daripada gaji, mungkin ada elaun, komisen jualan, sewa rumah, sewa tanah, sewa kereta, bayaran tenaga pengajar, kenaikan gaji, bonus, upah menjaga anak jiran, tuntutan bayaran dan lain-lain sumber kewangan.
3. Buat satu polisi untuk diri anda sendiri yang anda akan menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan anda untuk tabungan. Lebih besar tabungan, lebih baik seperti 20-30% kerana tabungan persaraan anda akan menjadi lebih besar.
4. Simpan sebahagian daripada pendapatan anda untuk dana kecemasan. Sebenarnya, apa pun boleh terjadi yang anda tidak sangka-sangka umpamanya kereta rosak, sakit yang memerlukan bayaran rawatan segera dan sebagainya. Dengan adanya simpanan, anda mampu mengurangkan kesan malapetaka itu.
5. Buat anggaran untuk Perbelanjaan Tetap bagi tempoh bajet. Perbelanjaan tetap adalah perbelanjaan yang perlu dibayar atau dibelanjakan seperti sewa rumah, ansuran pinjaman kereta, pembayaran kad kredit dan premium insurans. Dalam erti kata yang lain, anda mesti tidak boleh tidak membayarnya.
6. Buat anggaran Perbelanjaan Boleh Ubah bagi tempoh bajet. Perbelanjaan Boleh Ubah pula ialah perbelanjaan yang tidak tetap seperti petrol, barang-barang dapur, bil elektrik dan air.
7. Anggarkan perbelanjaan mengikut Budi Bicara, iaitu bagi sesuatu yang anda mempunyai pilihan sama ada untuk berbelanja ataupun tidak seperti pembelian hadiah, keperluan hobi, hiburan dan pergi melancong.
Rabu, 6 April 2011
Mother vs. Momma . . .
Strategi kejayaan untuk kekayaan
- Jika hanya ada satu sahaja faktor penentu kejayaan dalam apa juga yang kita lakukan, ia adalah sikap. Einstein mengatakan bahawa sikap 99% adalah penentu kejayaan atau kegagalan seseorang. Kita mestilah mempunyai sikap yang positif dalam apa juga yang mahu dilakukan, jika mahukan sesuatu kejayaan.
- Samada kita berjaga, hendak melelapkan mata, bekerja atau apa sahaja yang ingin dilakukan, kita mestilah tanamkan sikap positif. Apabila sesuatu perkara tidak menjadi seperti yang kita sendiri harapkan, sepatutnya terus bersikap positif. Jika kita bangun lewat, jangan merasa bosan, sebaliknya harus berfikiran secara positif dan berkata kepada diri sendiri “ ok, hari ini aku terlewat bangun, sekarang aku perlu lakukan yang terbaik untuk hari ini”. Aku tak percaya bahawa mereka yang berjaya pada hari ini boleh mencapai tahap itu tanpa mempunyai sikap yang baik dan positif.\
- Sebenarnya lebih mudah untuk berfikiran negatif, dan untuk berfikiran positif memerlukan sedikit usaha. Tampalkan satu nota di atas meja, di dalam kereta, cermin dibilik air yang tertulis “SIKAP”. Apabila kita melihat nota itu, berhenti sejenak dan berfikir tentang perkara yang sudah berlaku pada hari itu, dan jika ada masanya kita merasa tidak berfikiran positif, fikirkan semula dan teruskan kerja yang sedang di lakukan.
- Jika kita bersikap positif, semua perkara yang kita sedang lakukan akan menjadi lebih mudah. Jika ada perkara yang kita tidak suka lakukan, jangan biarkan sehingga pada saat akhir, bahkan lakukan perkara tersebut dahulu dan fikirkan “aku mahu menyiapkan kerja ini sehingga selesai kemudian aku boleh buat kerja yang aku suka !”. Cubalah teknik ini dan capailah perbezaannya.
- Ini merupakan satu isu yang besar kepada ramai orang, mereka mempunyai idea bisnes yang baik, mereka memberitahu kepada kawan2 tentang bisnes yang hendak dimulakan, kawan2 mula menjadi positif dan menyokong. Kemudian mereka beritahu kepada beberapa orang lain sehinggalah menjadi senyap begitu sahaja.
- Jika kita mempunyai idea yang bagus tidak menjadi masalah, tetapi kita mesti dan perlu membuat tindakan. Kemudian apabila kita sudah mula melakukan sesuatu, haruslah bersedia untuk mengambil beberapa lagi langkah seterusnya sehinggalah mencapai kejayaan.
- Jika sudah mempunyai peluang atau idea pada masa ini, mungkin sesuatu yang sudah lama difikirkan, berhenti bercakap dan berfikir tentangnya – BUAT SAHAJA!
- Aku mempunyai ramai kawan2 yang datang berjumpa dan bercakap tentang idea2 bisnes seperti seolah-olah mereka yang menyuruh aku sendiri yang melakukan bisnes tersebut. Aku memang boleh menolong mereka, dengan beri cadangan tetapi yang menyedihkan ialah 90% daripada mereka tidak pernah membuat tindakan. Jika kita tidak membuat tindakan, kita menafikan hak sendiri untuk satu kejayaan.
- Sejak dari bangku persekolahan lagi kita selalu terfikir seperti yang selalu diberitahu oleh orang-orang dewasa bahwa “ belajar pandai2 dan dapatkan kerja yang baik”. Harap korang janganlah tersalah anggap, aku fikir apabila kita disekolah kita perlu belajar apa yang perlu kemudian buka bisnes kita sendiri!
- 80% jutawan pada hari ini mencapai impian mereka dengan memulakan bisnes sendiri. Mungkin semua sudah sedia maklum, jika benar2 mahukan kebebasan kewangan, masa depannya ialah dengan memulakan perniagaan sendiri.
- Sudah tentu bisnes sendiri harus menanggung risiko, dan boleh mengurangkan risiko tersebut dengan memulakannya secara sambilan, dan gunakan teknik yang mudah dengan modal yang kecil, tetapi ganjarannya amat banyak dan menguntungkan.
- Aku tidak kisah berapa baik memori yang korang ada, tetapi mengapa perlu dibiarkan sahaja. Mengapa perlu menanggung risiko jika terlupa sesuatu yang penting? Tuliskan perkara yang ada difikiran anda menolong melegakan otak sendiri yang sarat dengan maklumat. Apabila kita sudah menulisnya korang tidak perlu takut jika terlupa pada masa yang diperlukan.
- Jika sudah mempunyai idea – tuliskan.
- Jika mempunyai masalah sekalipun – tuliskan.
- Apabila kita mula menulis sesuatu masalah, korang akan dapati bahawa kita boleh berfikir dengan lebih jelas, dan suatu masa nanti perkara tersebut dapat diselesaikan. Teknik ini nampak mudah, tapi jika kita mula menggunakannya, sudah pasti akan lihat perbezaannya kelak.
- Jika kita tidak mempunyai sasaran, ternyata kita tidak akan dapat apa pun. kita mesti mempunyai matlamat,korang perlu tahu kemana destinasi sebenar, berusaha untuk mencapainya dan sentiasa ingat akan impian sendiri. Pengalaman aku berjumpa dengan ramai orang yang mungkin tidak faham tentang konsep ini yang berkata “impian aku ialah untuk menjadi jutawan dalam masa 5 tahun” tetapi apabila aku tanyakan bagaimana untuk mencapainya, mereka hanya diam sahaja.
- Anda mesti mempunyai matlamat jangka panjang, untuk tempoh 5 tahun akan datang, kemudian kita sendiri perlu berusaha untuk mencapainya, kemudian tetapkan matlamat jangka pendek yang lebih mudah dicapai contohnya matlamat setahun, sebulan dan seminggu.
Rahsia kejayaan dan kekayaan
Teknik ini membahagikan pendapatan anda kepada 2 bahagian:
70% untuk perbelanjaan hidup selama sebulan. Ini termasuk untuk bayaran rumah, kereta, makan dan shopping! Jika tidak cukup anda perlu mencari jalan untuk kurangkan perbelanjaan anda sehingga ianya mencukupi 70% daripada pendapatan anda. Sebagai contoh jika gaji anda adalah RM2000 sebulan, anda hanya boleh berbelanja sebanyak RM1400 (70%) sahaja pada bulan tersebut. Baki 30% (atau RM600) akan kita gunakan untuk menjana kekayaan!
-10% pertama (RM200) anda gunakan untuk kebajikan, samada menolong orang tua, anak yatim, dan menderma kemasjid. Ingat, rezeki yang berkat akan membawa kebahagian dan digandakan!
-10% kedua (RM200) anda gunakan untuk bisnes. Tidak kira apa juga bisnes yang ingin anda ceburi, anda perlukan modal untuk permulaan. Pergi kursus, beli buku, program dan sebagainya. Pelajari sesuatu yang baru, buka minda anda dan anda pasti menemui sesuatu yang menguntungkan.
-10% terakhir (RM200) anda simpan untuk masa depan anda. Ini adalah kunci kepada kejayaan anda kerana
ianya bakal meledakkan akaun bank anda dalam senyap.
Nota: Jika anda menyimpan RM200 setiap bulan dengan bonus 10% setahun, simpanan anda bakal mencecah:
>> RM175,000 (selama 20 tahun)
>> RM525,000 (selama 30 tahun)
>> RM1.4Juta (selama 40 tahun)
Teknik 70/30 ini sungguh hebat dan berkesan jika anda mahu menjana kekayaan dalam hidup. Tidak kira walau berapa pun gaji anda sebulan, anda mesti gunakan teknik diatas untuk masa depan anda. Tetapi tidak semua orang akan ikut walau betapa hebat sekalipun formula ini. Dan sebab itulah tidak ramai yang jadi kaya dan masih perlu bekerja walaupun dah pencen.
Perkara yang perlu diingat dalam perancangan kewangan
2. Bersikap realistik. Jika anda mempunyai pendapatan yang sederhana, usah terlalu berharap untuk menyimpan wang yang banyak dalam tempoh masa yang singkat. Sebagai contoh, pendapatan anda hanya RM2,000.00 sebulan sedangkan anda mempunyai anak yang sedang bersekolah seramai empat orang, dua orang di sekolah rendah dan dua orang di sekolah menengah. Sudah tentu perbelanjaan barangan dapur (kering dan basah) akan menjadi tinggi. Simpanlah wang dalam jumlah yang munasabah untuk diri anda yang tidak menjejaskan kehidupan anda.
TUJUH WASIAT RAJA MELAYU
TUJUH WASIAT RAJA MELAYU
Bahawa pada tarikh 5 Ogos 1957, Duli-Duli yang maha Mulia Sembilan pemerintah dari empat "Negeri Melayu Bersekutu" dan Lima "Negeri Melayu Tidak Bersekutu" telah memberikan perkenan menurunkan tandatangan persetujuan kepada pembetukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dengan memahat TUJUH WASIAT RAJA-RAJA MELAYU.
1 KAMI namakan dan kami panggil akan Dia, Bumi yang kamu pijak dan Langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU.
2. KAMI isytiharkan dan KAMI simpan untuk kamu dan KAMI benarkan kamu isytiharkan dan simpan untuk anak cucu kamu selain gunung ganang, tasik, hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama- sama kaum lain.
3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu KAMI serta harta milik kamu, KAMI tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam Negara dan ancaman dari luar Negara.
4. KAMI kekalkan dan KAMI jamin Kerajaan dan KEDAULATAN RAJA-RAJA MELAYU memerintah Negara ini.
5. KAMI isytihar ISLAM adalah Agama Persekutuan.
6. KAMI tetapkan Bahasa Kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.
7. KAMI amanahkan dan KAMI pertanggungjawabkan kepada RAJA RAJA MELAYU untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan kepentingan sah kaum kaum lain.
Selasa, 5 April 2011
A to Z : Achieve success in Life
B elieve in yourself.
C onsider things from every angle.
D on't give up and don't give in.
E njoy life today, yesterday is gone and tomorrow may never come.
F amily and Friends are hidden treasures. Seek them and enjoy their
riches.
G ive more than you planned to give.
H ang on to your dreams.
I gnore those who try to discourage you.
J ust get it done.
K eep on trying, no matter how hard it seems.
I t will get better.
L ove yourself first and foremost.
M ake it happen.
N ever lie, cheat or steal. Always strike a fair deal.
O pen your eyes and see things as they really are.
P ractice makes perfect.
Q uitters never win and winners never quit.
R ead, study and learn about everything important in life.
S top Procrastination.
T ake control of your own destiny.
U nderstand yourself in order to understand others.
V isualize it.
W ant it more than anything.
X ccelerate your efforts.
Y ou are unique, nothing can replace you.
Z ero in on your target, and go for it!!
Isnin, 4 April 2011
Renungan Untuk Berjaya
Bukan dari apa yg mereka ketahui..
Jika air mata adalah beban,
Maka senyum adalah penawarnya...
Kesabaran itu pahit,
Tapi buahnya sangat manis...
Percayalah sebuah senyuman,
Boleh menghilangkan seribu risau..
Hiduplah dengan mimpi,
Tetapi jangan hidup dalam mimpi
Melayu Masih Lemah Dalam Kewangan
Sedangkan orang Melayu tidak pernah mempersoalkan di mana wang itu dilaburkan dan siapa yang menguruskan dana tersebut. Betapa singkatnya minda bangsa kita untuk mendapatkan wang dengan cara mudah hanya dengan menaja beberapa orang kononnya akan mendapat pulangan yang lumayan.
Tetapi apabila terdapat sistem kewangan yang dipantau oleh kerajaan, kebanyakan kita mempersoalkan halal dan haram dan perkara remeh yang sengaja diperbesarkan untuk menyempitkan minda bangsa sendiri.
Dalam membicarakan soal-soal kewangan, orang Melayu agak jauh ketinggalan dalam sistem kewangan seperti bidang insurans, unit amanah dan lain-lain produk kewangan yang mendapat kelulusan kerajaan dan di bawah pemantauan Bank Negara.
Kelemahan ini wujud hampir di semua lapisan masyarakat Melayu dari yang berpendidikan tinggi hingga kepada mereka yang berpendidikan rendah. Amat mendukacitakan untuk mengakui bahawa hampir 80 peratus golongan profesional Melayu masih kurang memahami mengenai sistem perancangan kewangan yang boleh membantu menjana ekonomi keluarga mereka.
Sikap tertutup bangsa Melayu seperti ‘katak bawah tempurung’ masih tebal dalam soal membicarakan pengurusan kewangan khususnya melalui penasihat kewangan yang bertauliah. Malah keadaan ini juga mungkin disebabkan sikap negatif diri mereka sendiri (paling ramai) dan kemungkinan sikap ajen dan penasihat kewangan yang tidak profesional dan beretika.
Dalam membina kekuatan ekonomi, tugas perunding kewangan insurans dan wakil takaful adalah sangat penting demi memberikan pemahaman yang baik untuk bangsa kita mengubah paradigma dalam pengurusan kewangan.
Namun kekesalan utama bidang kewangan ini ialah apabila ada wakil takaful menjalankan tugas tanpa etika profesional semasa berurusan dengan pelanggan. Apa yang berlaku di depan mata menyebabkan penulis terfikir mengenai sistem dan amalan perniagaan takaful yang kononnya ‘Islamik’ adalah benar-benar tidak beretika.
Daripada 10 penasihat takaful yang ada, saya berani mengatakan hanya seorang dua daripada mereka menjual produk syarikat dengan profesional, dan selebihnya memburukkan syarikat insurans konvensional dengan pelbagai tohmahan kononnya haram dan tidak Islam. Malah di kalangan penasihat takaful juga mereka memburukkan syarikat takaful yang lain demi menambat hati pelanggan.
Untuk pengetahuan, ramai penasihat takaful berhijrah dari sebuah syarikat ke syarikat takaful yang lain demi mengejar komisen dan ganjaran. Apa yang berlaku ini adalah realiti yang menjejaskan reputasi takaful yang dilihat sebagai sistem kewangan Islam. Malah pemegang polisi menjadi mangsa apabila wujud pelbagai masalah yang berlaku disebabkan sikap penasihat takaful yang mementingkan diri sendiri.
Bank Negara melalui badan khas yang mempunyai kuasa perlu menyiasat bagaimana begitu ramai pelanggan insurans konvensional yang menamatkan polisi mereka melalui usaha wakil takaful yang bermoral rendah ini. Terdapat banyak bukti pelanggan dihasut dan diminta menulis surat memberhentikan polisi yang telah dibayar bertahun-tahun kerana dikatakan ‘haram’ menggunakan wang tersebut.
Sepatutnya menjadi dasar Bank Negara untuk bertindak tegas jika amalan ini dikesan. Maklumat atau info insurans yang dikeluarkan oleh BNM melalui kerjasama syarikat insurans dan takaful di dada-dada akhbar yang tertulis “Membeli polisi insurans hayat, jangan jadi mangsa kepada penukaran polisi” jelas tidak
diendahkan oleh kebanyakan wakil takaful. Adakah info tersebut hanya sekadar melepaskan batuk di tangga dan tiada usaha konkrit menanganinya? Kita bimbang jika industri kewangan ini terjejas pastinya merugikan ramai pemegang polisi dan kaum keluarga mereka jika terjadi sesuatu.
Keutuhan sistem kewangan juga secara tidak langsung akan terjejas akibat sikap penasihat takaful yang sebegini.
Apa yang tidak diketahui oleh pemegang polisi insurans konvensional ialah kebanyakan sistem konvensional telah lama mematuhi pelaburan berasaskan syarak. Malah hal-hal yang meragukan seperti riba tidak lagi menjadi amalan syarikat insurans konvensional kini. Paling terbukti ialah sistem takaful sehingga hari ini masih tidak dapat menanding operasi insurans konvensional yang jauh cekap dan efisien.
Malah rungutan mengenai masalah tuntutan adalah amat minimum berbanding surat pembaca yang terpampang di akhbar dan banyak lagi masalah yang sebenarnya tidak diadukan secara terbuka. Inilah natijah yang ditanggung oleh operasi takaful kerana sikap tidak beretika wakil mereka dalam urusan menambat hati pelanggan.
Pengalaman seorang rakan yang pernah menjadi ajen insurans konvensional dan dipujuk menyertai sebuah syarikat takaful menjadi asas dan bukti kukuh apa yang sedang berlaku dalam industri takaful. Setelah mendaftar dan lulus sebagai ajen beliau telah menghadiri sesi penerangan dan mesyuarat oleh agensi takaful berkenaan selama beberapa minggu.
Akhirnya beliau mengambil keputusan menjalankan semula perniagaan insurans konvensional apabila mendapati ‘modal besar’ syarikat tersebut memasarkan produk mereka ialah dengan memburukkan insurans konvensional. Persoalannya adakah mereka ini benar-benar memahami sistem insurans konvensional.
Paling menyedihkan kebanyakan orang Melayu difahamkan bahawa maksud ‘konvensional’ adalah ‘haram’. Sedangkan merujuk Kamus Dewan, ‘Konvensional’ bermaksud sesuatu amalan, ciri-ciri atau lain-lain yang sudah diiktiraf secara meluas dan dipatuhi.
Seperti yang dinyatakan dalam satu dalil “ Janganlah engkau menghukum tanpa ilmu, kelak engkau akan menganiaya orang lain.”
Sudah sampai masanya Bank Negara mengambil tindakan proaktif terhadap amalan niaga wakil takaful seperti ini agar mereka tidak menjadikan amalan ini sebagai budaya kerja syarikat takaful yang semakin ketara. Sikap mereka yang seronok memburukkan pihak lain tidak pernah diajar dan dibenarkan dalam Islam. Apakah rezeki yang mereka peroleh dengan usaha ‘memijak’ orang lain mempunyai keberkatan ?
Adalah amalan niaga yang berunsur kotor seumpama ini dapat meningkatkan kefahaman orang Melayu terhadap sistem dan pengurusan kewangan yang berkesan. Lihatlah teras dan amalan niaga bangsa lain yang mengutamakan kepuasan pelanggan dan menyediakan perkhidmatan yang memuaskan.
Jarang sekali kita mendengar sikap ‘menghentam’ orang lain dalam budaya niaga mereka. (Rujuk buku Rahsia Bisnes Orang Cina – Ang Wang Seng).
Orang Melayu sebagai bangsa yang beragama Islam wajar mengubah budaya ini dalam segenap kontek khususnya dalam bidang ekonomi, perniagaan, politik, kemasyarakatan dan sebagainya. Amalan bermoral dan membina kekuatan peribadi dalam kontek modal insan yang dibina dalam diri sendiri dan seterusnya masyarakat Melayu perlu terus diterapkan dan diingatkan sesama kita.
Teknik Mengurus Aliran Tunai
Anda perlu menguruskan aliran tunai.
Formula aliran tunai cukup mudah iaitu:-
A – Jumlah wang tunai yang diterima bagi tempoh tersebut
B – Jumlah wang keluar bagi tempoh tersebut
Lebihan Tunai / Defisit Tunai = A – B
Senang bukan! Yang penting, poket anda mesti mempunyai aliran wang masuk setiap bulan, biasanya datang daripada pekerjaan anda. Tak kira dari mana datangnya duit itu sama ada daripada gaji atau sumber pendapatan lain. Anda tidak boleh tidak mesti mempunyai pendapatan bagi menyara kehidupan. Kalau tidak, siapa yang nak menanggungnya? Takkan orang lain pula yang menanggung perbelanjaan anda. Jadi, andalah yang kena tanggung sendiri!
Selain daripada gaji, anda mungkin mempunyai sumber pendapatan yang lain seperti perniagaan, keuntungan yang diperolehi daripada simpanan dan pelaburan, sewa rumah dan komisen jualan. Jadi, semua sumber pendapatan ini mesti dicatat.
Aliran keluar pada kebiasaannya meliputi perbelanjaan sara hidup, bayaran pinjaman dan komitmen kewangan yang lain. Jika anda mempunyai lebihan wang tunai, anda sememangnya seorang yang hebat! Saya mempunyai seorang rakan yang bekerja makan gaji di siang hari tetapi apabila beliau pulang ke rumah, beliau menebar roti canai sebanyak 300 keping sehari. Roti yang telah siap ditebar dan digoreng kemudiannya dihantar ke kilang automotif yang berdekatan. Pendapatan yang beliau perolehi daripada kerja menebar roti canai melebihi gaji beliau.
Cuba anda bayangkan, berapakah wang yang rakan saya perolehi dalam sebulan. Setiap hari 300 keping roti canai dihantar ke kilang. Harga sekeping roti canai katalah RM0.60 jika didarab dengan 300 sudah jadi RM180.00 sehari. Dalam sebulan ada 30 hari bekerja (hari-hari kerja) sudah jadi RM5,400.00. Banyakkan? Kalah gaji pengurus. Biasanya gaji pengurus pun RM4,000.00. Ini RM5,400.00! Hebat ….. Jadi, wang yang lebih tu, masukkan ke dalam simpanan anda. Ingat! Langit tak selalu cerah. Kontrak bekalan ke kilang boleh ditamatkan pada bila-bila masa. Manalah tahu ada sedikit perselisihan, kontrak pun tamat dan kehidupan anda pun jadi biasa semula.
Walaubagaimanapun, jika terdapat defisit tunai, anda perlu mengkaji semula cara perbelanjaan anda. Cuba tangguhkan apa-apa pembelian atau bayaran buat sementara waktu dan elakkan daripada menggunakan dana kecemasan kecuali hanya benar-benar perlu. Sekiranya anda terpaksa menggunakan kad kredit, pastikan ini merupakan pilihan terakhir kerana bayaran kad kredit hanya menambahkan lagi perbelanjaan bagi beberapa bulan yang akan datang.
Apabila menyediakan bajet belanjawan bagi bulan depan, pastikan anda mengambil kira baki bulan lepas. Pastikan anda sentiasa mengkaji dan menyemak semula kedua-dua bajet dan perbelanjaan.
Jika anda berhasrat hendak mengurangkan perbelanjaan, lihat semula perbelanjaan yang tidak perlu atau mana yang boleh dikurangkan. Cara yang paling baik sekali ialah melihat semula peruntukan perbelanjaan bagi makanan dan hiburan. Anda mungkin terpaksa mengubah matlamat kewangan sekiranya sesetengah perbelanjaan ini tidak realistik berbanding pendapatan bulanan anda.